Saturday, July 13, 2013

Koleksi Sunnah Nabi Muhammad s.a.w

             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana dapat memasuki bulan yang penuh barakah dan maghfirah iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Oleh itu, janganlah kita lepaskan peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.

            Sidang pembaca sekalian, hari ini saya mahu kongsikan satu sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang boleh kita amalkan bersama iaitu adab ketika makan. Ramai diantara kita yang jarang menitik beratkan hal ini kerana mungkin ketika itu dia terlalu lapar sehingga tidak ingat adab-adab dan tatsusila ketika makan sebagai orang Islam. Antara adab ketika makan ialah :-
         1) basuh tangan.
         2) makan dengan tangan kanan
         3) baca doa
         4) duduk dengan sopan atau duduk cara Nabi.( duduk diatas kaki kiri seperti tahyat awal dan lutut       kanan tegak ke atas)
         5) ambil makanan yang dekat dahulu
         6) tidak berbual kosong atau hanya bercakap perkara yang penting sahaja
         7) apabila sudah habis, baca doa selepas makan

 Peringatan :- makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang kerana itulah yang dituntut dalam Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut kenapa perlu berhenti makan sebelum kenyang? Kita akan kupas di episod akan datang. See u next time n selamat mengmalkannya n Selamat Berpuasa!!!

No comments:

Post a Comment