Monday, June 4, 2012

lambaian kaabah

    Alhamdulillah selamat juga mengarjakan ibadah umarah di tanah suci Mekkah Al-Mukarramah. Saya mengerjakan umrah bersama rombongan daripada sekolah iaitu seramai 101 orang tyermasuk pelajar-pelajar daripada Maahad Tahfiz Sains Bachok, Tumpat dan Tanah Merah.

      Terdapat pelbagai tempat yang telah dilawati antaranya Jabal Uhud
dan sebagainya. Di situ terdapat pelbagai peristiwa-peristiwa yang bersejarah.

        Kami telah bertolak ke Jeddah dengan transit di Colombo selama beberapa jam . Kami telah berlepas daripada LCCT pada jam 3 pagi dan tiba di Jeddah pada jam 6 petang (lebih2 sikit la). Seterusnya perjalanan kami bersambung dengan menaiki bas ke Madinah Al-Munawwarah di Hotel Darussalam.

        Di Madinah, kami disuruh membaca al-quran hingga khatam sebanyak satu kali dan seterusnya dilakukan di Makkah juga. Kami telah mengunjungi pelbagai tempat di Madinah seperti Masjid Qubai iaitu masjid pertama dibina di Madinah. Ianya amat menyoronokkan di samping melakukan ibadah.

         Pengalaman seterusnya akan saya kongsikan di masa akan datang..................

No comments:

Post a Comment