Tuesday, June 5, 2012

Pengalaman di Tanah Suci

          Pada suatu hari, kami ingin memasuki raudhah iaitu kawasan rumah Nabi Muhammad s.a.w. Ianya salah satu tempat yang paling makbul doa. Jadi, ramai orang ingin memasuki dan ingin bersembahyang serta doa di dalam raudhah.

          Saya dan Farhan Jumat pergi lepas Zohor. Seperti biasa, ramai sangat orang dalam tu. Kami terpaksa berhimpit2 untuk masuk dan berjaya memasukinya. Akhirnya kami dapat masuk raudhah tetapi sayangnya tiada tempat untuk solat sunat.

           Jadi, kami mengambil keputusan untuk keluar. Tiba-tiba
ketika saya  ingin keluar, ada satu tempat yang memang orang tak solat langsung di situ, jadi saya pun terus mengambil peluang itu untuk solat sunat dan berdoa. Saya berasa amat beruntung kerana sempat solat sunat dan berdoa di tempat yang paling makbul doanya.................


No comments:

Post a Comment